Blog in disediakan khas untuk pelajar-pelajar Melayu di HKSS.
Tujuan utama agar ia dapat dijadikan sebagai wahana sastera, budaya serta bahasa untuk anda semua.
Semoga blog ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Profile
Insan kerdil di mata Allah swt yang sangat
pentingkan kejujuran dan keikhlasan.
Itulah landasan untuk mengenal hati
seseorang insan lain.
Friday, July 31, 2009
Tahniah DINIE!![ 11:30 AM ]
Tanggal 6hb June 2009,saya menyertai satu peraduan anjuran sebuah stesen melayu Mediacorp SURIA,‘Project Cerpen’. Jumlah peserta melebihi seratus lebih orang meliputi peringkat Universiti, Politeknik,Maktab Rendah dan Menengah. Terasa kekerdilan dalam diri ini namun saya teruskan juga perjuangan untuk menimba pengalaman serta menguji kemampuan dalam penulisan. Setelah menyertai taklimat pada 12hb June 2009,saya diarahkan menghasilkan cerita komedi. Berlandaskan kecekalan dan rangsangan dari guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Erna dan Cikgu Azizah,alhamdulillah,saya dapat menyempurnakan karya saya meskipun pada saat-saat akhir.
23hb Julai lalu, kami diundang lagi untuk menyertai majlis penyampaian sijil. Tanpa diduga hari itu juga adalah hari pengumuman pemenang. Saya memenangi tempat kedua diantara sepuluh yang terbaik. Saya menerima sijil beserta wang satu ribu dolar.
Akhir kata,saya bangga mengharumkan nama sekolah sekaligus memartabatkan mutu guru-guru yang membimbing saya mencapai ketahap ini. Sekian Terima kasih.
Dinie Iyliana 5N1 Sekolah Menengah Hong Kah 2009
Thursday, July 30, 2009
TAHNIAH!! Kita menang Layar Maya 2009 Peringkat Sekolah[ 10:55 AM ]
Salam sejahtera semua,
Alhamdullilah...berkat usaha pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus pada bulan Jun kelmarin, kami telah meraih kejayaan.
Saya baru sahaja menerima email yang mengesahkan bahawa Sekolah Menengah Hong Kah telah memenangi pertandingan ini.
Syabas kepada semua yang meluangkan masa selama beberapa hari untuk menyediakan video ini. Tanpa dedikasi semua yang terlibat kita tidak mungkin berjaya.
Sekali lagi, terima kasih dan tahniah. :)
Cikgu Erna 30 July 2009
Sunday, July 26, 2009
Video Pertandingan Layar Maya 2009[ 4:46 PM ]
Salam Sejahtera semua,
Bulan lepas sekumpulan pelajar 3HML telah bertungkus-lumus menyediakan video untuk pertandingan Layar Maya 2009. Pertandingan ini dianjurkan oleh Seni@PBMUKS. Keputusan pertandingan akan diumumkan tidak beberapa lama lagi. Syabas kepada mereka yang menjayakan video ini. Semoga Berjaya.
Friday, July 3, 2009
Persediaan untuk Layar Maya 2009[ 12:02 PM ]
Salam sejahtera,
Sewaktu cuti jun yang baru lepas, beberapa rakan anda telah bertungkus-lumus membuat persediaan untuk pertandingan Layar Maya 2009.
Kami akan meletakkan video untuk pertandingan ini dalam masa terdekat. Saya harap anda dapat memberikan sokongan atas kerja keras mereka ini.
Di bawah ini, saya lampirkan gambar-gambar berberapa orang rakan-rakan kamu yang menyertai pertandingan ini.
Thursday, July 2, 2009
Terima Kasih Daun Keladi[ 7:06 AM ]
Salam sejahtera,
Bagi anda yang baru melihat lelaman ini, anda akan dapati bahawa blog ini telah dirapikan dan diubahsuai.
Terima kasih saya ucapkan kepada adik saya yang tersayang, Siti Jamilah yang telah meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini.