Blog in disediakan khas untuk pelajar-pelajar Melayu di HKSS.
Tujuan utama agar ia dapat dijadikan sebagai wahana sastera, budaya serta bahasa untuk anda semua.
Semoga blog ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Profile
Insan kerdil di mata Allah swt yang sangat
pentingkan kejujuran dan keikhlasan.
Itulah landasan untuk mengenal hati
seseorang insan lain.
Tuesday, June 23, 2009
Home Based Learning[ 12:01 AM ]
Salam sejahtera semua...
Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Di sini saya ingin mengumumkan bahawa pihak sekolah sedang menyediakan ruangan-ruangan latihan 'e-learning' untuk semua murid.
Langkah ini diambil untuk menyediakan anda sekiranya pihak Kementerian Pelajaran terpaksa menutup sekolah akibat daripada penularan wabak Infuenza HINI. Dan sekiranya ini berlaku, anda sekalian tidak akan tertinggal dalam membuat latihan dan pembelajaran di rumah melalui internet. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, kertas-kertas latihan yang sama akan dihantar ke rumah anda melalui pos.
Di dalam blog ini juga telah tersedia ruangan-ruangan untuk setiap kelas. Anda akan diberitahu cara untuk menghantar latihan anda sama ada di ruangan yang disediakan dalam blog ataupun email kepada saya bagi tujuan penilaian.
Sehingga di sini dahulu pemberitahuan ini. Sekiranya ada perubahan pihak sekolah akan menghubungi anda untuk penerangan dengan lebih lanjut. Semoga semua dapat kembali ke sekolah seperti sedia kala minggu hadapan ya.