Panduan ringkas untuk menulis karangan naratif yang bertemakan keinsafan.
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Salam sejahtera.
Sekiranya berlaku penutupan sekolah
Setiap latihan telah dimuatnaikkan dalam blog kelas masing-masing. Anda harus menyelesaikan kerja tersebut dan menghantarnya melalui emel yang diberikan ataupun di ruangan comments yang tersedia.
Tunggu arahan selanjutnya daripada lelaman blog ini sebelum memulakan latihan anda.
Sila lihat ruangan link di sebelah kanan.
1)
http://rampai2nt.blogspot.com/2)
http://rampai3nt.blogspot.com/3)
http://rampai3n.blogspot.com/4)
http://rampai3exp.blogspot.com/5)
http://rampai3hml.blogspot.com/6)
http://rampai4n.blogspot.com/Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera semua...
Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Di sini saya ingin mengumumkan bahawa pihak sekolah sedang menyediakan ruangan-ruangan latihan 'e-learning' untuk semua murid.
Langkah ini diambil untuk menyediakan anda sekiranya pihak Kementerian Pelajaran terpaksa menutup sekolah akibat daripada penularan wabak Infuenza HINI. Dan sekiranya ini berlaku, anda sekalian tidak akan tertinggal dalam membuat latihan dan pembelajaran di rumah melalui internet. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, kertas-kertas latihan yang sama akan dihantar ke rumah anda melalui pos.
Di dalam blog ini juga telah tersedia ruangan-ruangan untuk setiap kelas. Anda akan diberitahu cara untuk menghantar latihan anda sama ada di ruangan yang disediakan dalam blog ataupun email kepada saya bagi tujuan penilaian.
Sehingga di sini dahulu pemberitahuan ini. Sekiranya ada perubahan pihak sekolah akan menghubungi anda untuk penerangan dengan lebih lanjut. Semoga semua dapat kembali ke sekolah seperti sedia kala minggu hadapan ya.
Salam,
Cikgu Erna
Salam sejahtera,
Di sini saya lampirkan tugasan-tugasan cuti sekolah untuk bulan Jun 2009. Jangan lupa untuk menyelesaikannya kerana markah akan diambil untuk Ujian 4. Selamat Bercuti Semua.
LATIHAN UNTUK 1EKSPRES / 1 NORMAL AKADEMIKArahan: Dalam latihan ini, anda dikehendaki membuat perkara-perkara yang berikut. Markah untuk tugasan ini akan diambil sebagai markah Ujian 4.
1) Jurai keturunan keluarga anda (Family Tree). Sila rujuk pada contoh yang diberi.
a) anda boleh menampal gambar ahli-ahli keluarga anda dan nyatakan hubungan mereka dengan anda, umur, pekerjaan dan lain-lain lagi.
b) Jurai keturunan ini haruslah dibuat di kertas keras atau kertas Vanguard.
[50 markah]
2) Kemudian daripada jurai keturunan itu, tulis sebuah karangan yang bertajuk:
"Seorang anggota keluarga yang saya kagumi dan hormati”.Nyatakan perkara yang membuat anda sangat menghormati atau mengaguminya dengan jelas dan tulis tentangnya di ruangan yang disediakan di bawah.
[50 markah]
LATIHAN UNTUK 2 EKSPRES / 2 NORMAL AKADEMIKArahan: Dalam latihan ini, anda dikehendaki membuat perkara-perkara yang berikut.
Markah untuk tugasan ini akan diambil sebagai markah Ujian 4.
1) Anda dikehendaki membuat sebuah kajian tentang ‘Kerjaya Impian’ anda.
a. Kemudian, pilih SATU kerjaya yang anda minati.
b. Buat sebuah kajian ringkas mengenainya.
c. Nyatakan perkara-perkara berikut dalam hasil kerja anda:
a) Pengenalan tentang kerjaya (yang dipilih)
b) Apakah kelulusan / kemahiran yang diperlukan?
c) Mengapakah anda memilih kerjaya tersebut?
d) Bagaimanakah anda ingin mencapai impian tersebut?
d. Sila letakkan gambar-gambar yang sesuai untuk kerjaya tersebut.
e. Hasil kerja ini harus dibuat di slid PPT. Gunakan sekurang-kurangnya 7 – 10 slid sahaja.
[100 markah]
LATIHAN UNTUK 3 HML / 3 EKSPRES / 3 NORMAL AKADEMIKArahan: Dalam latihan ini, anda dikehendaki membuat perkara-perkara yang berikut.
Markah untuk tugasan ini akan diambil sebagai markah Ujian 4.
1) Anda dikehendaki membuat sebuah kajian tentang Adat atau Kesenian Melayu.
a. Kemudian, pilih SATU adat atau seni yang anda minati.
b. Buat sebuah kajian ringkas mengenainya.
c. Nyatakan perkara-perkara berikut dalam hasil kerja anda:
a) Pengenalan tentang adat atau seni (yang dipilih).
b) Bilakah adat atau seni tersebut diamalkan?
c) Siapakah yang mengamalkannya?
d) Adakah adat tersebut masih relevan pada zaman moden ini? Mengapa?
d. Berikan contoh-contoh dengan meletakkan gambar-gambar yang sesuai.
e. Hasil kerja ini harus dibuat di slid PPT. Gunakan sekurang-kurangnya 10 – 15 slid sahaja.
[100 markah]
Contoh Adat atau Kesenian Melayu:
1. Adat Meminang (Bertunang)
2. Adat Berinai
3. Adat Berkhatan
4. Seni Bela Diri
5. Seni Kraftangan Melayu (contohnya: Seni Ukir atau Seni Tenun)
6. Seni Tarian Melayu
Nota:
Anda boleh memilih SATU sahaja untuk tugasan ini.
Latihan untuk Men 1 Normal Teknikal / 2 Normal Teknikal /3 Normal TeknikalArahan: Dalam latihan ini, anda dikehendaki membuat perkara-perkara yang berikut.
Markah untuk tugasan ini akan diambil sebagai markah Ujian 4.
1) Baca 4 petikan akhbar daripada Berita Harian atau Berita Minggu.
a. Kemudian, pilih 5 perkataan daripadanya dan berikan makna dan bina ayat bagi kesemua perkataan yang dipilih.
b. Tampal juga petikan akhbar yang anda gunakan di ruangan yang disediakan.
c. Tulis perkataan yang dicari serta makna dan ayat yang dibina di Kertas Tulis dengan rapi seperti contoh berikut:
d. Secara keseluruhan anda akan ada 4 keratan akhbar yang ditampal dan 20 perkataan serta makna dan ayat yang diambil daripada keratan-keratan akhbar ini.
Disediakan oleh Cikgu Erna Salamun.