Salam sejahtera semua,
Penggal kedua baru bermula, jadual persekolahan turut berubah kali ini, mungkin ada yang kurang senang dengan perubahan yang mendadak ini, tapi, kita harus teruskan pembelajaran. Saya percaya, lambat laun, anda semua akan dapat menyesuaikan diri dengan jadual baru itu.
Bagi segelintir yang sering melawat blog ini, saya ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Jika anda amati betul-betul, ruangan berceloteh 'cbox' telah saya tiadakan kerana ada juga mereka-mereka yang singgah ke sini tetapi sekadar memberikan komen-komen negatif. Saya syorkan, jika inginkan pandangan anda diketengahkan, silalah tinggalkan nama jadi saya boleh menjawab segala pertanyaan yang merunsingkan minda anda. Lantaran itu, oleh kerana saya tidak mahu menggalakkan komen-komen yang berunsur 'menjelekkan' ditinggalkan di sini, saya telah menamatkan riwayat 'cbox' itu. Saya kira memadailah jika anda meninggalkan komen diruangan 'COMMENTS' yang tersedia.
Oh ya...niat saya ke sini malam ini bukan untuk meluahkan isi hati tetapi sekadar ini menimbangkan cadangan beberapa orang murid.
Bagi mereka yang telah membaca cerpen saya yang bertajuk 'Bintang Di Langit'...saya harap anda seronok membacanya. Saya sebenarnya berasa teruja untuk menyiapkan cerpen sambungan iaitu 'Bintang Di Langit II'. Insya_Allah cerpen tersebut akan siap juga akhirnya.
Bagi mereka yang belum pernah membacanya dan berminat mengetahui tentangnya, silalah bertemu dengan saya untuk mendapatkan cerpen tersebut.
Baiklah..sehingga di sini sahaja ya. Selamat malam semua.
ikhlas,
cikgu erna
Murid-murid semua,
Selamat bercuti ya....semoga bertemu seminggu lagi.
Oh ya, jangan lupa sediakan kerja sekolah untuk Ujian Lisan Tiga itu. Sediakanlah sebaik mungkin agar anda semua mampu mendapat markah yang cemerlang.
Ringkasan dan Pembentangan = 50
SATU soalan daripada guru = 10
Bacaan daripada petikan = 10
Jumlah Penuh = 70
Wah....lumayan 70 markah untuk sebuah ujian yang boleh anda sediakan di rumah. Cuba sedaya upaya anda. Jangan lupa ya. Jauhi daripada kegiatan yang merosakkan minda anda.
ikhlas daripada saya,
Cikgu Erna