






Inilah sebahagian gambar rakan-rakan kita yang turut sama dalam lawatan ke Little India pada 6 November kelmarin
Puisi klasik adalah pancaran masyarakat lama yang membawa sikap dan minda masyarakat pada masa tersebut. Sering kali puisi-puisi ini digarap dalam pelbagai bentuk seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan mantera. Kebanyakan puisi klasik ini sarat dengan nilai kekeluargaan dan kepercayaan leluhur kita. Inilah antara sebab untuk kita mengkaji dan menilai sendiri jati diri bangsa kita yang kaya dengan adat resam ketimuran.
|Pantun Puisi Melayu klasik yang paling tua dan popular ialah pantun. Pantun dikatakan popular kerana mempunyai bentuk struktural yang ringkas dan bersahaja. Jumlah barisnya juga pelbagai: ada pantun dua kerat, pantun empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan ada juga yang sepuluh kerat. Seterusnya, terdapat juga sejenis pantun yang rangkapnya berkait antara satu sama lain, dan dikenali sebagai pantun berkait. Namun pantun yang paling digemari merupakan pantun empat kerat. Dari sudut penggubahan, pantun dapat dicipta dengan mengikuti syarat-syarat di bawah ini:-
setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
rima akhirnya (untuk pantun empat kerat) ialah a b a b.
ada pembayang dan juga maksud.
Walaupun mudah membina baris-baris yang terdiri daripada 4 atau 5 perkataan (atau 8 hingga 12 suku kata), tetapi bukan semua yang terbina mempunyai nilai keindahan. Hal ini kerana pantun yang bermutu memiliki ciri-ciri semantik atau permaknaan yang menarik. Kerap kali unsur-unsur alam menjadi penghias pantun-pantun romantik. Manakala pantun-pantun yang bertema keagamaan, nasihat, lelucon dan sebagainya, didapati imej-imejnya disesuaikan dengan tema.
Contoh pantun di sini.
Pantun Adat
Laksamana berbaju besi,
Masu ke hutan melanda-landa;
Hidup berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda.
Anak teruna tiba di darat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap;
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pusaka berpedoman kitab.
Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sirih pulang ke gagang.
|Syair Syair merupakan sejenis puisi klasik yang kelihatan menyerupai bentuk pantun kerana suku kata untuk baris-barisnya menyerupai bentuk pantun. Akan tetapi, syair memiliki syarat-syarat lain yang berbeza daripada pantun. Syarat-syaratnya ialah:-
setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
rima akhirnya ialah a a a a.
Syair tidak mempunyai pembayang. Rangkap syair terbina daripada maksud-maksud. Maksud atau isi syair biasanya merupakan cerita, atau berunsurkan nasihat.
Contoh syair di sini.
Singapura Terbakar
Serta terpandang api itu menjulang,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.
Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.
Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang.
|Gurindam Gurindam tidak mempunyai definisi dan konsep yang mantap. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud umpama.Terdapat beberapa khilaf atau pandangan yang berbeza antara para pengkaji. Ada pengkaji menyatakan bahawa gurindam tidak terikat dengan peraturan yang khusus. Terdapat pula pengkaji yang menyatakan bahawa rangkap gurindam terdiri daripada dua baris. Tetapi secara keseluruhannya, gurindam banyak mengemukakan nasihat, pandangan, atau gambaran sesuatu keadaan.
Contoh gurindam di sini.
Dua Sejodoh
Keduanya sama cantik,
Umur sama muda,
Rupa sama cantik,
Badan sama sihat,
Hati sama suka;
Bintang sama naik,
Peroman sama baik.
Dibujur sama panjang,
Dibidang sama lebar,
Ditimbang sama berat,
Disukat sama penuh,
Dua setumbuk bagai gelang,
Dua sepasang bagai subang,
Bagai pinang dibelah dua.
Gelugur di tebing tinggi,
Bulang-baling dalam belukar;
Diukur sama tinggi,
Dibanding tidak bertukar.
Bagai susu denga sakar,
Bagai cincin dengan permata,
Bagai cembul dengan tutupnya,
Sirih pulang ke gagangnya,
Bunga pulang ke tangkainya,
Buah pulang ke tampuknya,
Kuah tumpah ke nasinya,
Harta pulang ke yang empunya.
|Seloka Seloka dipercayai berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud seperti juga gurindam iaitu umpama. Oleh sebab maknanya bersamaan dengan gurindam, maka sifat seloka juga tidak jauh berbeza daripada sifat gurindam dari sudut maksud atau isinya. Seloka memuatkan sindiran atau kiasan yang tajam. Bentuknya tidak terikat apada peraturan tertentu, namun ada juga yang berbentuk seperti syair.
Contoh seloka di sini.
Lebai Malang
Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu ke hilir penat berulang,
Celaka sial bedebah jembalang,
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.
Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat bekerja tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.
Oh Apek I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass.
"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"
"Apa?"
"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia ckaap sini ada satu Chimpeng..."
"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"
"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."
"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa? Along ka?"
"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng (MayBank), Public Peng (Public Bank), RHetB Peng (RHB Bank)...itu balu punya Peng.."
Adoi...bengap punya apek..buat aku pening je..dia actually cari CIMB Bank ..