Salam semua,
Blog ini akan digantikan dengan yang baru ataupun disertakan dalam lingkungan forum yang telah saya sediakan. Terdapat beberapa sebab mengapa saya terpaksa lakukan sedemikian. Tetapi sebab utama adalah kerana terdapat beberapa orang yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Malahan mereka seringkali meletakkan alamat-alamat lelaman yang kurang elok seperti lelaman-lelaman lucah. Saya sangat kecewa dengan kelakuan sesetengah orang yang melakukan perkara sedemikian.
Buat pengetahuan semua, saya boleh memeriksa atau mengesan orang-orang yang meletakkan lelaman tersebut di 'tagboard' melalui alamat-alamat itp mereka. Namun, saya tidak mahu memalukan orang-orang berkenaan atau pun membuang masa saya dengan bersemuka dengan mereka. Jika saya melakukan demikian, ia akan lebih membanggakan orang-orang yang terlibat.
Saya harap jika ada diantara mereka yang terbaca ruangan ini, silalah fikirkan sama ada perbuatan mereka itu serupa manusia yang berpelajaran ataupun tidak. Bersyukurlah kerana ALLAH swt memberikan kita sifat-sifat untuk berfikir dan melakukan perkara-perkara yang elok. Janganlah merendahkan martabat manusia yang bergelar insan serendah-rendahnya sehinggakan tidak boleh berfikir dan menggunakan minda dengan cara yang terbaik.
Cg Erna
Assalamu'alaikum w.b.t...
Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Isnin ( sebaik saja masuk maghrib), 27hb Ogos, 2007 (selepas
magrib pada hari 14 Sya'aban 1428H). Oleh itu, marilah kita sama-sama
mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita
kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan
yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb
Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 27 Ogos 2007)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban,
malam = 27 September 2007)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk
beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &
mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah
haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi
Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw):
pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun
ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang
meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta
ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka
aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki &
perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN
AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA
AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA
Selasa 28 Ogos INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA
BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH
Sampaikanlah kepada rakan-rakan kita yang lain....InsyaAllah.
Wasalam,





Alhamdullilah..
Selama sebulan, mereka bertungkus-lumus untuk menjayakan acara ini, akhirnya mereka berjaya mengadakan acara yg sangat membanggakan.
Syabas kepada pelajar-pelajar menengah 3 yang terlibat serta semua pelajar dan bekas pelajar yang turut menjayakan acara semalam.
Sebahagian daripada gambar-gambar ada di lelaman ini. http://www.melynairman.multiply.com
Singapura : 11 Ogos 2007
TERTELAN BESI TINDIK SEMASA HIRUP MI Mujur 'barbell' yang terselit dalam tubuh dapat dikeluarkan...
Oleh
Khalid Khamis
ENCIK Idris Ibrahim Shamsudin menindik lidahnya sekitar lima tahun lalu kerana menganggap sesuatu yang 'cool' dan menjadi trend di kalangan remaja.
Namun tidak pernah terlintas di fikirannya, besi jenis 'barbell' yang dipasang di lidahnya sepanjang sekitar tiga sentimeter itu 'ditelannya' ketika menikmati hidangan mi segera awal pagi Selasa lalu.
Ketika menjalani X-ray di jabatan kemalangan dan kecemasan di Hospital Besar Changi (CGH) Selasa lalu, besi tindik itu didapati terselit pada paras tulang rusuk nya.
Buat seketika jantungnya berdegup dengan pantas kerana bimbang terpaksa dibedah atau lebih buruk membawa maut.
Namun beliau bernasib baik kerana besi itu berjaya diturunkan hingga ke saluran najis dan dikeluarkan ketika membuang air besar.
Disebabkan pengalaman tersebut, Encik Idris, 24 tahun, seorang pekerja pemunggah barang, sudah serik dan menyesal serta tidak mahu memasang besi tindik di lidahnya lagi.
Ketika ditemui di katil hospitalnya semalam, Encik Idris berkata bahawa besi tindik itu sebenarnya adalah milik rakannya dan mula dipakai pada hari yang sama ketika beliau menikmati mi segera tersebut.
Beliau berkata besi itu mungkin tertelan kerana tidak diskru atau bahagian yang boleh ditanggalkan dan dipasang semula itu tidak diskru dengan ketat.
Menurutnya, beliau mempunyai besi 'barbell'nya sendiri tetapi telah dibuang oleh ibunya.
Ibunya melarang keras beliau menindik lidahnya itu.
'Tengah sedap-sedap makan maggi, tiba-tiba baru perasan besi dah tak ada kat lidah.
'Menggelabah sekejap, selepas itu macam ada benda yang tersengkang di kerongkong,' katanya berkongsi pengalaman yang mencemaskan itu.
Peristiwa tersebut berlaku sekitar 1 pagi di kedai kopi di kawasan Tampines Selasa lalu.
Takut besi yang ditelan itu boleh memudaratkannya, beliau terus meminta rakannya menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.
Akibatnya, anak sulung daripada tiga beradik itu terpaksa dirawat di hospital selama empat hari untuk mengeluarkan besi tersebut.
Rawatan antibiotik selama tiga hari berjaya mengeluarkan besi itu dari saluran najis.
Dua imbasan X-ray yang dilakukan pada sebelah pagi dan petang semalam pula tidak menunjukkan saki-baki besi berada dalam badan Encik Idris.
'Saya dah serik nak pakai benda ini lagi. Nasib baik ia dapat dikeluarkan, tak boleh keluar jadi aniaya pula,' tambahnya.
Kini beliau juga cuba menasihatkan teman wanitanya agar berhenti memakai besi tindik yang serupa di lidahnya bagi mengelakkan kejadian sepertinya.
Beliau telah dibenarkan pulang ke flatnya petang semalam.
___________________________________________________________________________________
Semasa membaca artikel ini di akhbar, saya teringatkan pelajar-pelajar saya yang turut menindik bahagian-bahagian muka serta bibir mereka....hai....apa agaknya yang akan terjadi jika kejadian ini menimpa diri mereka?
Bertindik ini sebenarnya khas untuk anak perempuan sahaja...tetapi oleh kerana ramai remaja-remaja kini terlalu 'taksub' dengan pengaruh barat, adat bertindik tidak lagi menjadi sesuatu yang dianggap selari dengan adat resam masyarakat Melayu. Malah, bertindik bukan lagi di cuping-cuping telinga sahaja tetapi di bahagian-bahagian muka dan badan.
Ikuti petikan di bawah.
BERTINDIK Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun. Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak. Bagi keluarga Melayu zaman kini, ia merupakan suatu simbolik titik permulaan pemberian sesuatu yang berharga daripada ibu bapa kepada anak perempuan mereka yang berupa barang kemas.
Selain itu, adat bertindik juga dilakukan sempena mengingati peristiwa di zaman Rasulullah di mana seorang wanita telah cedera di telinganya semasa terlibat dalam peperangan. Untuk menutup kecederaan di telinganya, beliau telah meletakkan sesuatu di lubang tersebut sebagai perhiasan. Inilah yang dikatakan asal-usul adat bertindik di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi, pada zaman sekarang ini, kerja tersebut tidak banyak lagi dilakukan walaupun oleh orang-orang melayu kampung. Pada masa sekarang, bertindik ini dilakukan sendiri dengan apa sahaja cara yang mudah, asalkan cuping telinga anak masing-masing dapat ditebuk dengan selamat. Tambahan pula di bandar-bandar dan pekan-pekan besar sekarang, pelbagai jenis subang dan anting-anting moden yang cantik-cantik boleh dibeli dengan murah. Malah ada juga anting-anting yang boleh dibeli dan dipakai di cuping telinga dengan hanya pakai ketap sahaja. Walaubagaimanapun, dalam zaman moden kini, perkara bertindik telinga tidak lagi menjadi suatu perkara yang perlu bagi setiap kanak-kanak perempuan.